Sunday 1 January 2012

2011------->2012

 hola,selamat pagi, selamat sejahtera dan salam perpaduan serta salam satu malaysia. Pagi yang cerah sempena tahun baru nih, rasanya belum terlambat mungkin bagi penulis untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada para pembaca sekalian.

hari ini penulis ingin share sedikit tentang tahun 2011 yg berlaku dlm hidup penulis. Pada tahun 2011, ini penulis boleh bahagikan kepada 4 :
  • Semasa PLKN
  • Semasa tunggu result SPM
  • Menunggu keputusan UPU
  • Masuk Uitm.
 PLKN. sebut sahaja serangkai perkataan itu, penulis sudah merasakan semacam untuk berat untuk pergi. Apatah lagi, sebelum ini, sudah banyak tajuk-tajuk dan kisah serta cerita yang kurang mnearik tentang PLKN ini. Tetapi setelah pergi sendiri, melalui program ini, akhirnya penulis sedar bahawa PLKN ialah satu wadah yang baik malah Terbaik untuk memupuk semangat Satu Malaysia. Sewaktu disana, terlalu banyak peristiwa yang pada firasat penulis sangat menarik dan sukar untuk dilupakan. Penulis di tempatkan di Kem Sri Ledang dibawah Kompeni Alpha. PLKN ini dapatlah penulis rumuskan sebagai sebuah program motivasi sebenarnya. Ianya juga disulami dengan aktiviti lasak yang menarik yang penulis sendiri belum pernah melakukan. Sebagai contoh,  Flying Fox, berkayak, dan banyak lagi. Program ini juga tidak hanya memfokuskan aktiviti fizikal semata-mata malah ia juga dicorakkan dengan kelas pembangunan insaniah yang terpuji dan kecintaan terhadap negara. sebagai contoh, CB class(Character Building Class) dan Kelas Kewarganegaraan. Dalam CB Class ini, penulis telah menemui semula keberanian untuk bercakap dikhalayak dan dalam Kelas Kewarganegaraan ini, penulis telah lihat akanb semangat satu malaysia yang kukuh. yang penulis dpt rasakan ialah... sesetengah Modul itu perlu dirombak semula kerana ia agak condong bagi budaya Melayu, tapi tidak menjadi halangan untuk semua melalui modul itu. Di situ juga, penulis dpt berkenalan dengan pelbagai orang. pelbagai karakter juga penulis dpt kenali. Pada mulanya, semangat untuk pergi memang kosong. Zero. Yang wujud dlm fikiran penulis ialah.. kenapa penlis terpilih??!! Dlm beratus ribu pelajar yang lingkungan umor penulis.. mengapa penulis yang terpilih ? Nak buat macam mana, dah rezeki dpt. Penulis gagahkan juga hati... Oh. Setibanya penulis disitu, terus buat buku akaun BSN untuk masukkan elaun 3 bulan untuk tempoh latihan. Kemudian penulis diberi 3 jenis pasang pakaian. Baju senam, Baju Loreng dan Baju kelas. Di situ, pelatih lelaki dipanggil Wira dan perempuan sebagai Wirawati. Sesi yang penulis jalani ini lebih memfokuskan kepada aspek pembangunan kendiri berbanding fizikal.
*Klu nk tulis sebenarnya banyak lagi tpi xperlah.. cukop kat sni...

  Tamat sahaja latihan, penulis pun Kembali ke rumah yang penulis sangat sayangi..Rumahku Syurgaku(Batu Pahat). Sebenarnya, penulis sedang menunggu result SPM yang bakal keluar. Penangguhan demi penangguhan diberi. Malah sampai video nih pun boleh dibuat.. memang lawak

http://www.youtube.com/watch?v=LK0ZU0k0fJM
*try la tgk, memang best

Setibanya hari yang dinanti-nantikan. Penulis pun menghadirkan diri ke MRSM Gemencheh yang sangat disayangi untuk mengambil keputusan SPM 2010. Penulis membawa sebiji kek utk santapan para guru yang sudah banyak mencurah ilmu bagi penulis. Dengan berbaju maktab berwarna biru penulis dtg untuk mengambil result. Alhamdulilah, segalanya berlaku sebagaimana yang penulis target. 9A dlm tangan. Terima kasih kepada semua yang telah membantu penulis dari hari pertama penulis ke tadika dan sehinggalah ke saat ini.

 Berbekalkan result itu pun, penulis menghadiri beberapa siri temuduga IPG dan juga JPA. Penulis juga mendapat tawaran Matrikulasi di Londang. Surat dari Mahsa dan Segi Kolej memang banyak tiba dirumah. Penulis mendapat tawaran temuduga ke UTP, tapi atas dasar yang xdpt dielakkan, penulis turn down the offer. Walaupun temuduga IPG itu penulis gagal, tetapi penulis berjaya mendapatkan tawaran biasiswa JPA. syukur kepada Allah. Keputusan UPU juga keluar. Penulis mendapat tempat di Uitm Kampus Puncak Alam dlm kursus Asasi Sains. Kampus ini bakal menggantikan Uitm Shah Alam sebagai induk.

 Uitm ialah satu-satunya universiti yang dihadiri oleh orang Melayu dan Bumiputra sahaja(bukan rasis tpi ini adalah fakta yg termaktub dlm perlembagaan artikel 152 dan 153). Di sini, penulis ditempatkan di dalam kumpulan F9, di sini juga penulis dpt berjumpa dengan ramai orang yg pada firasat penulis byk mengubah cara penulis melihat dunia yang indah ini. Di sini juga, penulis dpt mengenali sahabat yang penulis boleh kategorikan sebagai kawan baik smapai bila2.. :) Pada tahun ini juga, penulis telah kehilangan seorang sahabat yang penulis kenal sewaktu di maktab dahulu. tapi penulis xmenyesal kerna penulis telah membuat apa yang perlu untuk beliau.

*sebagai penutupnya, tahun 2011 ini banyak mengajar penulis akan erti persahabatan dan fokus untuk mencapai TARGET hidup yg lebih jelas. Fokus dan Fokus!!!!