Saturday 24 December 2011

cerita yang menarik tapi...

hari ini penulis ingin berkogsi tentang sau cerita hindustan : Jodhaa Akbar. Penulis yakin, mungkin ada antara pembaca sekalian pernah menonton filem ini. Dalam filem ini mengisahkan tentang Akbar seorang putera kerajaan Mughal yang mana pemerintahnya beragama Islam. Manakala Jodha, merupakan seorang puteri bagi kerajaan Amer yang beragama Hindu. Dalam usaha untuk meluaskan empayar kekuasaan Mughal, Akbar telah mengambil jalan untuk berkahwin dengan Jodha. Jodha masih kekal dengan agamanya dan begitu juga Akbar.

WOW!!!!! Memang hebat!!! Kisah cinta ini sememangnya, cuba utk mengetengahkan isu agama yang menjadi penghalang untuk manusia bercinta. Satu hakikat yang penulis tertarik ialah bagaimana seorang hindu boleh berkahwin dengan seorang muslim dan mereka masih kekal dengan agama masing-masing. Walaupun ini adalah sesuatu isu yang amat sensitif, tapi penulis yakin isu ini dapat diselesaikan dengan mudah. Bagi masyarakat Melayu khususnya beragama Islam sememangnya "allergic" dan tidak boleh menerima hakikat ini. Jika seseorang yang bukan beragama Islam(Non-muslim) ingin berkahwin maka seseorang yang beragama Islam, Non-muslim itu perlu memeluk agama Islam(masuk islam). Penulis tiada apa-apa maslah pun berkaitan permasalahan agama disini. Kerana semua agama mengajar pengikutnya untuk melakukan kebaikan. Penulis sentiasa yakin agamaitu bukanlah punca sebenar seseorang iu menjadi jahat tetapi dia itu sendiri tidak mengikut garis panduan yang sudah digariskan didalam agamanya.

Jikalau kita lihat di Indonesia, perkara yang sama akan berlaku. Jikalau di Malaysia, agama Islam merupakan agama rasmi. Tetapi di Indonesia, mereka mengamalkan konsep Pancasila yang meng-Esa-kan Tuhan dan tiada agama rasmi. Oleh itu, di Indonesia walaupun berlainan agama mereka masih "boleh" berkahwin dan berhak mengekalkan agama masing-masing atas dasar Pancasila.

Berbalik kepada topik kita yang asal iaiu berkaitan filem ini, jalan cerita yang menarik dan yang paling penting aktor-aktor hebat sememangnya BOOM!!! Walaubagaimanapun, ianya, masih bertentangan dengan norma masyarakat di sini...di Malaysia

No comments:

Post a Comment