Monday 19 December 2011

tips utk perbentangan atau bercakap di khalayak

Salam sejahtera, salam perpaduan, dan salam satu malaysia. hari ini penulis ingin berkongsi sedikit tips yang barangkali boleh membantu anda diluar sana yang segan2 utk bercakap dikhalayak. hal ini kerana tidak semua orang boleh bercakap dikalayak, atau semasa sesi pembentangan. Penulis pun bukanlah seorang yang hebat tetapi sekadar ingin berkongsi dan masih lagi belajar. oleh itu, tips yang pertama :

* persiapkan diri dengan segala info berkaitan pembentangan.
- maksudnya, jika anda ingin membentangkan kertas kerja bagi subjek kimia sebagai contoh. anda wajar faham selok belok penuh bagi tajuk anda itu. hal ini kerana, bagi langkah berjaga2 kerana sesetengah pendengar "suka" utk provoke pembentang. jadi anda harus bersedia dengan jawapan supaya tidak ler rasa takut atau kecut perut.

* Jangan Takut. 'Ini sekadar percakapan'
Ini merupakan antara masalah yang sering melanda bagi para pembentang. segan, malu, takder keyakinan diri... ect. Oleh itu, anda2 diluar sana yang menghadapi sindrom ini, sangat dinasihatkan utk berasa tenang, relax, anggap orang yang mendengar itu mcm tin kosong. anda hanya perlu fokus dengan kerja anda. Persiapan mental ini adalah sangat penting, kerana kalau anda kekurangan keyakinan maka walau pun anda dah prepare sebulan pun, masih xkan berjaya. contoh yang dapat dilihat ialah, lihat saja pemimpin-pemimpin diluar sana yang bercakap dengan lantang berani walau pun entah mana kebenarannya. Pada kebiasaannya, anda akan berasa gemuruh perkataan kian sukar keluar dan anda akan berpeluh2. RELAX!!!! Yang penting fokus dan keyakinan diri. Pengalaman penulis sendiri, pertama kali pembentangan memang xdinafikan jantung berdegup pantas. kaki penulis menggeletar. memang takut tapi setelah lama berlalu akhirnya penulis menjadi berani. Setelah lama, berusaha maka penulis jadi berani utk bercakap/membentang. jangan ada rasa gugup. mungkin kali pertama begitu tapi makin lama2 anda akan mampu utk membentang.  Bak kata pepatah melayu, alah bisa tegal biasa...

*persiapan fizikal. Slide, projektor... cuba pastikan berfungsi.
fizikal disini penulis maksudkan,  material yang akan digunakan sebagai contoh power point, kertas mahjong, atau lebih ekstreme, chalk and talk. setidak-tidaknya, cuba pastikan alatan tersebut berfungsi elok. Kalau tidak, mungkin pembentang akan berasa kurang keyakinan.

* Susunan ucapan.
mula2 sekali, introduction, bagi salam, salam satu dewan, salam satu kelas salam satu malaysia semualah.. letaklah berapa punyer banyak pun, (agak2 der, jgn haruk sangat, kang isi xsampai salam sampai) selepas tu, kata2 ucapan terima kasih kepada bla..bla..bla.. kerna sudi bla..bla..bla..., pastu mulakan isi, dan bentang. selepas tu, buka persoalan kepada pendengar(kalau anda cukop berani lah), selepas itu, salam.

Tips lain:
*cuba persiapkan diri dengan seberapa banyak pengetahuan am. (maksudnya, rajin membaca lah)
*Lawak, kadang2 perlu, kadang2 sangat tidak perlu, kerana lumrah bagi remaja suka utk membuat penonton ketawa. tpi kne ingat isi yg hendak disampaikan adalah lagi penting.
*cuba buat sedikit research tentang kaedah tokoh2 ternama berucap contohnya, Dato' Seri Anwar Ibrahim, beliau merupakan antara tokoh yang hebat berpidato. Lihat cara beliau berucap. hebat (penulis, xdak kaitan ngan POLITIK)

1 comment: