Monday 26 December 2011

bini kedua dan seterusnya...

Asalamualaikum dan salam sejahtera, salam perpaduan dan salam satu Malaysia. Hari ini penulis ingin berkongsi sedikit pendapat dengan para pembaca sekalian. Topik pada post kali ini adalah berkaitan isu poligami yang berkait rapat dengan isteri kedua dan seterusnya. Sebenarnya, penulis mendapat ilham setelah membaca rencana akhbar mingguan Malaysia bagi edisi keluaran Krismas yang lepas.

Sememangnya, isu ini amatlah sensitif bagi kaum wanita apabila isu ini diperbincangkan, dari anak kecil sampai lah kepada ibu atau nenek. Bagi isteri pertama, wanita yang hadir sebagai iseri nombor dua dan seterusnya dilihat sebagai perampas kebahagiaan orang lain. Manakala, bagi si anak pula, ibu tiri ini dilihat sebagai seorang yang ganas, kejam dan tidak berperikemanusiaan  Ini jelas ditanam didalam minda anak-anak untuk membenci ibu tiri. Malah media massa juga memburukkan hal ini lagi, masih jelas dalam ingatan penulis terhadap filem: Ratapan anak Tiri. Benarkah hal ini begitu ? Adakah ibu tiri ini dianggap sebagai singa yang kelaparan ? Mereka juga berhak untuk mengecapi kebahagiaan. Kata - kata hikmat Inggeris ada menyebut, "sharing is caring" sememangnya, sangat allergic bagi orang perempuan dalam konteks ini. Kawan penulis dalam Lecture hall sendiri tidak sanggup untuk menerima jika suaminya satu hari nanti akan mengamalkan poligami. Dia lebih rela becerai daripada dimadukan. Memang hebat MINDA orang perempuan ini.. :) Hakikatnya, bukan semua wanita dalam dunia ini suka bersuamikan laki orang atau dimadukan. Tetapi sebagai orang Islam, kita(perempuan) harus sedar akan hakikat ini. Begitu juga dengan lelaki, bukan semua lelaki suka berpoligami dan masih ada lagi lelaki yang senang untuk beriseri satu sahaja (seperti penulis :) ).


Pada asasnya, kita harus menyelidik hal ini dari pucuk pangkalnya. Apa yang menyebabkan seseorang lelaki itu berpoligami ? Sedarkah isteri pertama, adakah suami itu gembira dengan kita? Adakah dia bahagia dengan kita ? Jadi, adakah salah jika dia ingin mencari kebahgiaannya sendiri ? Pada pandangan penulis, itu adalah lebih baik daripada si suami melakukan zina dan menyimpan perempuan untuk melampiaskan nafsu serakahnya. Perkara yang perlu ditimbal balik dan dilihat semula ialah, si suami itu berkahwin dan bukannya berfoya-foya!!! *penulis bercakap bagi suami yang mampu baik dari segi fizikal dan mentalnya.*

Memang suatu perkara yang kejam pada firasat penulis apabila si iseri pertama meminta(mendesak) si suami untuk menceraikan iseri keduanya. Malah ada yang sanggup menggunakan perkhidmatan bomoh untuk tujuan dan maksudnya itu. Astaghfirullah, bawa-bawalah bertaubat. Di dalam ajaran Islam itu sendiri, sudah lengkap akan cara untuk berpoligami. Tetapi lihatlah bagaimana, masyarakat mengolah definisi poligami itu. Sebagai contoh penulis bawakan naskah hebat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Madu Tiga. Akibat kekalutan yang timbul untuk menyembunyikan perkahwinannya. Penganutnya sendiri yang memeningkan keadaan.

Dalam hal ini, isteri pertama harus melihat poligami ini adalah satu bentuk perkahwinan yang disyariatkan Allah.Bukannya, suatu benda yang haram. Si Suami juga haruslah(sebenarnya wajib),  mengukur baju di badan sendiri. Bukannya, menurut kehendak nafsu sahaja. Janganlah kita melihat iseri pertama ini sebagai musuh dan juga perampas. Cuba ambil masa sejenak renung dalam-dalam. Apa kekurangan yang ada pada diri kita yang menyebabkan dia bertindak sedemikian rupa. Oleh itu, saya juga menasihat pembaca dan diri saya sendiri untuk sentiasa bermuhasabah diri dan menerima segala ujian itu dengan penuh kesyukuran.

1 comment:

  1. good piece of writing...i like it~
    hehehe...stuju sgt, apa2 hal kne cermin diri sendiri dulu...sentiasa ingat, atu jari tuding kat org, 4jari tuding kt kte blik...:)

    ReplyDelete